Selasa, 8 September 2015

jihad dijalan pintas.




Perjuangan ini kita katakan dijalan lurus ketika kita keasyikan dilambung ombak nafsu pangkat,darjat nama dan kekuasaan.
samaada tanpa sedar ataupun kesengajaan,kita berpijak diatas landasan retorik sistem ciptaan yahudi atas nama pejuang dan fi sabilillah

Lambungan ombak terus menghanyut mabokkan kita semakin jauh kedalam keghairahan dengan dengan jawatan dan elaun elaun dan yakin bahwa kitalah pejuang islam fi sabilillah.
Terlupa bagaimana islam itu bermula iaitu secara
"dagang.kesusahan,kelaparan dan dari pejuang pejuang yang terhalau dari tanah kelahirannya dan bangkit gemilang dengan senjata taqwa.


bukan dari pejuang pejuang yang kekenyangan atau yang kemabokan dibelai gelumang nikmat kuasa atau pejuang jihad dimedan pilihanraya yang membazirkan jutaan ringgit poster poster nafsu kegelojohan.
Demi untuk mempamerkan kitalah wira akhir zaman yang melangkah telus dengan pekik teriak kalimah dalam ribut ceramah,kita pun dengan gah mengusung tajuk hudud ketengah khalayak.

Sebahagian antara kita berkira kira mencari jalan pintas yang dapat lebih menyegerakan terlaksananya hudud itu seoalah ada suatu perlumbaan untuk memenanginya.
Gopoh gapahlah kita mengusung dan meminda minda berbagai draf pindaan sehingga hudud itu disuku sukukan yang sukunya diambil dari kitabullah dan suku lagi "diserasikan" dengan perlembagaan lord reid.sedang suku yang lainnya ditinggalkan begitu sahaja atas ijtihad "atas kemampuan dan bidang kuasa yang ada pada kita".

Manusia semakin pelik.

Adakah kita dipaksa atas sesuatu jika kemampuan itu belum wujud,seperti berhaji yang menjadi rukun islam?adakah suatu paksaan keatasnya?kalau tiada,maka apa perlunya kegopohan mengambil jalan pintas?padahal jalan sebenar telah dipetakan AlQuran dengan rasulullah saw diutus sebagai penunjuk tatacara.
Atau terpadamkah lampu penyuluh ditangan para ulama?

Kegagalan adalah hakikat mutlak jika kita mengambil jalan pintas demi kegopohan merealisasikan nafsu.

Kegagalan itu kita cuba kita selingkup dengan slogan sekurang kurangnya kita berusaha kearah terlaksananya hudud itu tanpa pernah kita sedar usaha dijalan pintas itu hanyalah kesia-siaan.

Kita sebenarnya telah menghinakan hukum milik Allah apabila membawanya dijalan pintas untuk diundikan olih makhlok ciptaan pemilik hukum itu.layakkah makhlok ciptaan mengundi hukum pemilik?
Ingat!kitalah yang membawanya untuk pengundian itu!.
Kitalah yang bertanggungjawab atas dosa penghinaan mereka.

Usaha sia sia.

Sebelum menegakkan hudud,kita wajar menegakkan islam sebagai rahmatan lil alamin.rahmat untuk sekalian alam.
Tegakkan dan serlahkan islam sebagai sebenarnya membawa kebajikan keseluruh alam.
Bagaimana ingin laksana hudud ketika ekonomi ummat pun tidak kita kuasai?

Bagaimana laksana hudud ketika derma derma jihad itupun masih disimpan di instituasi riba?
Sedang kuasa mutlak juga tidak berada ditangan kita?

Ingat bahwa rasulullah saw telah memacakkan tongkat dan menyatakan ini pasar orang islam(ekonomi)lama sebelum hudud dilaksana.
Abdul rahman auf telah menjadi "payung" ekonomi ummat sebelum hudud dilaksana.Keimanan telah memenuhi kota kekuasaan menaungi ummah.islam sebenar benar telah menyerlah sebagai agama rahmat dan kebajikan
Ingat juga hikmah ayat AlQuran diturunkan secara berperingkat.ayat ayat terawal membenarkan kenabian dan islam,ayat ayat kemudiannya menanam keimanan, keimanan melahirkan ketabahan dan akhlak dan dari akhlak terserlahlah keindahan sehingga berbondong bondong masuk kedalam islam.
Bagaimana laksana hudud ketika akhlak kepimpinan sendiri masih gagal,bahkan gah melaknat sesama.saudara seagama dan kata kata kesat masih menjadi mainan lidah?
Ratusan berhala disekeliling kaabah tidak pernah diarah diruntuhkan olih nabi maupun sahabat namun berhala berhala itu runtuh mereput sendiri ketika penganutnya telah terpikat dengan keindahan islam dan akhlak yang diserlahkan rasulullah saw dan para sahabat ra,
Dan kita....apa yang telah kita serlahkan kepada agama ini?selain pesta langkah telagah?
Malah semakin lama semakin berpecah pecah dan saling melaknati sesama seagama bahkan mencerai beraikan rumahtangga dalam baiah nafsu tak berkesudahan.

Ahad, 6 September 2015

khutbah jumaat hj.abdul hadi awang tentang baiah talak.


Sama sama kita baca isi kandungan khutbah beliau ini dengan mata hati
Tentang baiah talak itu samaada ianya sunnah atau bathil atau hanya kepentingan nafsu politik.
Saya tidak menambah atau mengurangi sehuruf pun dari petikan ini.

(Admin) :
PETIKAN KULIAH JUMAAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG - 4 Sept. 2015
"LAKNAT ALLAH LEBIH BESAR DARI CERAI ISTERI"
Antara ajaran Islam yang terkandung didalam kitab Injil adalah kewajipan berjihad. Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan (baiah) yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
[At-Taubah:111]
Dalam ayat ini juga tuhan menyebut tentang baiah. Baiah berasal dari baya'a iaitu jual beli, dimana jualbeli yang dimaksudkan adalah jualbeli orang-orang beriman kepada Allah SWT.
Baiah adalah sumpah kepada Allah untuk taat setia terhadap perjuangan Islam dan tidak sekali-kali berundur. Ia diamalkan sejak zaman Nabi SAW. Pertamanya adalah bai'ah aqabah ula yang disertai 12 orang-orang Islam dari Madinah. Mereka bersumpah untuk mengamalkan Islam sekembalinya ke Madinah. Baiah kedua berlaku pada tahun berikutnya seramai 73 orang termasuk 2 wanita. Baiah ini meminta mereka mentaati Nabi dan mempertahankan Nabi sebagaimana mereka pertahankan diri dan keluarga sendiri. Manakala baiah ketiga berlaku ketika umat Islam mahu masuk ke Mekah. Apabila mendengar berita Saidina Uthman dibunuh, Nabi mengumpul umat Islam dibawah pohon Ridhwan dan meminta mereka bersumpah untuk tetap masuk ke Madinah walaupun terpaksa berperang dan mati. Namun ada orang-orang munafik yang bersembunyi kerana tidak mahu baiah.
Dizaman Abasiyyah dan Umawiyah, para pemimpin mereka juga mewajibkan baiah kepada tentera Islam dengan menambah ta'liq talak dan memerdekakan hamba. Tujuan sama, supaya umat Islam tidak lagi berundur dari medan jihad. Walaupun sebenarnya apa yang disumpahkan itu tetap menjadi kewajipan walaupun tidak berbaiah, tetapi ia menjadi cara untuk mengukuhkan lagi kesetiaan umat Islam terhadap perjuangannya. Mereka akan lebih gerun untuk melakukan apa-apa. Sekurang-kurangnya kalau mereka tak takut Allah pun, mereka akan takut kehilangan isteri .
Kita juga mewajibkan setiap calon yang bertanding berbaiah demi Allah untuk tidak lari dari amanah yang diberi. Jika tidak, mereka akan menerima laknat Allah, Malaikat dan sekalian pelaknat.
Adapun ta'liq cerai itu hanya sampingan sahaja. Yang lebih besar adalah janji dia terhadap Allah. Malangnya orang lebih sibuk memikirkan soal cerai itu. Lebih sayang isteri dari Allah. Bagi mereka, dengan Allah tak apa, boleh langgar begitu saja. Isteri lebih penting. Kenapa sampai jadi begini? Padahal cerai isteri, boleh kahwin lagi. Tapi kalau menerima laknat Allah dan malaikat, boleh buat apa lagi?
* Telah dicatat Oleh :-
Alang Ibn Shukrimun
Masjid Rusila.

Ulasan saya,
Dari ucapan diatas jelas baiah talak tidak berlaku dizaman Rasulullah (saw) kecuali baiah taat setia.
baiah talak  menurut ucapan itu hanya berlaku dizaman abasiyyah dan umawiyah(mungkin muawiyah) tetapi adalah dalam masaalah peperangan dijalan Allah(menurut petikan diatas sahaja) dan bukan kerana politik kepartian dijalan sistem yang bukan dari jalan islam sendiri seperti yang kita anuti sekarang.

Adakah "kemabokan"(baca tajuk ikan air tawar)itu telah menjerumuskan kita kian jauh kelembah kemusnahan peradaban?
lantas masih merasakan tindakan kita benar dijalan lurus dan membawa ayat AlQuran untuk menyokong tindakan itu.padahal ayat itu tidak pun berkait dengan baiah talak(baiah taat sahaja).

Manusia semakin pelik.

Bukankah telah cukup dengan "baiah taat setia"tanpa "baiah talak atau laknat"kerana Allah lebih mengetahui siapa yang melanggar baiah dan lebih berhak melaknat siapa yang dikehendakinya dengan laknat(a'uzubillah).

Untuk.apa kita ghairah berdoa meminta laknat keatas saudara seagama padahal hadis mengatakan tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.imam hassan albana ada berkata "jadilah seperti pokok,walau dibaling dengan batu,pokok itu malah memberi kita buah yang ranum"

Terbukti sistem yang kita anuti ini membawa perpecahan dan pertelagahan yang akhirnya memecahkan ummat kepuak puak yang semakin kecil dan benar benar telah menjadi ibarat buih buih dilautan.
Malah sistem itu berjaya dan berbangga mencerai beraikan suami isteri dalam anutan menyimpang demi nafsu mengekalkan kuasa politik yang dicatur yahudi.

Semakin jauh kita masuk kedalam sistem mereka (baca tajuk jalan yang lurus)semakin bersimpang lah jalan itu dan semakin kita bertelagah "inilah jalannya","inilah jalannya" dan semakin berpecah pecah disimpang pilihan nafsu antara kita.
Jalan yang sebenar semakin jauh kita tinggalkan sehingga seolah jalan sebenar itu telah semak samun tanpa siapa lagi terpandang untuk kembali.