Ahad, 6 September 2015

khutbah jumaat hj.abdul hadi awang tentang baiah talak.


Sama sama kita baca isi kandungan khutbah beliau ini dengan mata hati
Tentang baiah talak itu samaada ianya sunnah atau bathil atau hanya kepentingan nafsu politik.
Saya tidak menambah atau mengurangi sehuruf pun dari petikan ini.

(Admin) :
PETIKAN KULIAH JUMAAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG - 4 Sept. 2015
"LAKNAT ALLAH LEBIH BESAR DARI CERAI ISTERI"
Antara ajaran Islam yang terkandung didalam kitab Injil adalah kewajipan berjihad. Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan (baiah) yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
[At-Taubah:111]
Dalam ayat ini juga tuhan menyebut tentang baiah. Baiah berasal dari baya'a iaitu jual beli, dimana jualbeli yang dimaksudkan adalah jualbeli orang-orang beriman kepada Allah SWT.
Baiah adalah sumpah kepada Allah untuk taat setia terhadap perjuangan Islam dan tidak sekali-kali berundur. Ia diamalkan sejak zaman Nabi SAW. Pertamanya adalah bai'ah aqabah ula yang disertai 12 orang-orang Islam dari Madinah. Mereka bersumpah untuk mengamalkan Islam sekembalinya ke Madinah. Baiah kedua berlaku pada tahun berikutnya seramai 73 orang termasuk 2 wanita. Baiah ini meminta mereka mentaati Nabi dan mempertahankan Nabi sebagaimana mereka pertahankan diri dan keluarga sendiri. Manakala baiah ketiga berlaku ketika umat Islam mahu masuk ke Mekah. Apabila mendengar berita Saidina Uthman dibunuh, Nabi mengumpul umat Islam dibawah pohon Ridhwan dan meminta mereka bersumpah untuk tetap masuk ke Madinah walaupun terpaksa berperang dan mati. Namun ada orang-orang munafik yang bersembunyi kerana tidak mahu baiah.
Dizaman Abasiyyah dan Umawiyah, para pemimpin mereka juga mewajibkan baiah kepada tentera Islam dengan menambah ta'liq talak dan memerdekakan hamba. Tujuan sama, supaya umat Islam tidak lagi berundur dari medan jihad. Walaupun sebenarnya apa yang disumpahkan itu tetap menjadi kewajipan walaupun tidak berbaiah, tetapi ia menjadi cara untuk mengukuhkan lagi kesetiaan umat Islam terhadap perjuangannya. Mereka akan lebih gerun untuk melakukan apa-apa. Sekurang-kurangnya kalau mereka tak takut Allah pun, mereka akan takut kehilangan isteri .
Kita juga mewajibkan setiap calon yang bertanding berbaiah demi Allah untuk tidak lari dari amanah yang diberi. Jika tidak, mereka akan menerima laknat Allah, Malaikat dan sekalian pelaknat.
Adapun ta'liq cerai itu hanya sampingan sahaja. Yang lebih besar adalah janji dia terhadap Allah. Malangnya orang lebih sibuk memikirkan soal cerai itu. Lebih sayang isteri dari Allah. Bagi mereka, dengan Allah tak apa, boleh langgar begitu saja. Isteri lebih penting. Kenapa sampai jadi begini? Padahal cerai isteri, boleh kahwin lagi. Tapi kalau menerima laknat Allah dan malaikat, boleh buat apa lagi?
* Telah dicatat Oleh :-
Alang Ibn Shukrimun
Masjid Rusila.

Ulasan saya,
Dari ucapan diatas jelas baiah talak tidak berlaku dizaman Rasulullah (saw) kecuali baiah taat setia.
baiah talak  menurut ucapan itu hanya berlaku dizaman abasiyyah dan umawiyah(mungkin muawiyah) tetapi adalah dalam masaalah peperangan dijalan Allah(menurut petikan diatas sahaja) dan bukan kerana politik kepartian dijalan sistem yang bukan dari jalan islam sendiri seperti yang kita anuti sekarang.

Adakah "kemabokan"(baca tajuk ikan air tawar)itu telah menjerumuskan kita kian jauh kelembah kemusnahan peradaban?
lantas masih merasakan tindakan kita benar dijalan lurus dan membawa ayat AlQuran untuk menyokong tindakan itu.padahal ayat itu tidak pun berkait dengan baiah talak(baiah taat sahaja).

Manusia semakin pelik.

Bukankah telah cukup dengan "baiah taat setia"tanpa "baiah talak atau laknat"kerana Allah lebih mengetahui siapa yang melanggar baiah dan lebih berhak melaknat siapa yang dikehendakinya dengan laknat(a'uzubillah).

Untuk.apa kita ghairah berdoa meminta laknat keatas saudara seagama padahal hadis mengatakan tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.imam hassan albana ada berkata "jadilah seperti pokok,walau dibaling dengan batu,pokok itu malah memberi kita buah yang ranum"

Terbukti sistem yang kita anuti ini membawa perpecahan dan pertelagahan yang akhirnya memecahkan ummat kepuak puak yang semakin kecil dan benar benar telah menjadi ibarat buih buih dilautan.
Malah sistem itu berjaya dan berbangga mencerai beraikan suami isteri dalam anutan menyimpang demi nafsu mengekalkan kuasa politik yang dicatur yahudi.

Semakin jauh kita masuk kedalam sistem mereka (baca tajuk jalan yang lurus)semakin bersimpang lah jalan itu dan semakin kita bertelagah "inilah jalannya","inilah jalannya" dan semakin berpecah pecah disimpang pilihan nafsu antara kita.
Jalan yang sebenar semakin jauh kita tinggalkan sehingga seolah jalan sebenar itu telah semak samun tanpa siapa lagi terpandang untuk kembali.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab diatas setiap ulasan anda terhadap apa apa yang menyalahi agama ataupun perundangan negara.