Ahad, 30 Ogos 2015

amanat merdeka 2105.



"Saya ingin mengulangi, setelah layar telah dikembangkan, apabila sauh telah dilabuhkan, pantang ketua kapal dan anak-anak kapal menoleh ke belakang,” ucap perdana menteri dalam amanat hari Kebangsaan 2015 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam ini.
Malah, Najib berkata barisan kabinet barunya serta BN dan beliau sendiri akan terus memacu negara ke hadapan.(sebahagian petikan ucapan ds najib razak)

Manusia semakin pelik.

Inilah yang berlaku seperti ungkapan bahasa najib iatu bila layar telah dikembangkan dan SAUH DILABOH,maka kapal tidak akan bergerak kemana mana.
Ketua dan anak kapal bolih buat bodoh saja, pantang MENOLEH KEBELAKANG,rupanya kapal tak bergerak kerana sauh dilaboh.


Risiko jika LAYAR DIKEMBANG DAN SAUH DILABOH akan memungkin tiang layarnya patah atau kapal itu terbalik tenggelam melungkop jika tali sauh kebebalannya terlalu kuat.

Kita mahukan ketua kapal yang bijak iaitu mengangkat (bukan melabuh)sauh bila layar telah dikembangkan.maka kapal akan bergerak maju kehadapan.
Ketua yg LABOH SAUH bila LAYAR TELAH DIKEMBANGKAN patut dicampak kelaut.


Ataukah kita sanggup biarkan kapal ini tenggelam melungkup?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab diatas setiap ulasan anda terhadap apa apa yang menyalahi agama ataupun perundangan negara.