Rabu, 19 Ogos 2015

kemabokan


kemabokan

Darihal ikan.
Ikan air tawar sangat terkenal menjadi hiasan cantik dan indah.ia tentunya hidup dalam habitat semula jadinya di air tawar.

Bagaimana jika ikan air tawar itu berenang masuk ke habitat lain seperti berenang kelaut masin?
Tentulah ia akan mabok atau mati.

Begitulah kehidupan ini.setiap kita yang cuba memasuki kehabitat sistem yang bukan dari habitat sistem fitrah semulajadi kita pasti kita juga akan mabok sepertinya maboknya ikan ikan itu.
Dalam mabok itu kita sukar mencari jalan kembali kehabitat asal kita.langkah menjadi celaru dan berpecah pecah dengan setiap dari kita melaungkan inilah jalannya,itulah jalannya.

Kebenaran tidak akan bercampur dengan kebathilan dalam satu bekas kecuali kebenaran itu tentunya akan kemabokan dan lenyap ditelan kebathilan.

Begitu juga jawapan oleh sesetengah antara kita menyatakan bolihnya berdakwah kedalam pub pub dan kelab malam.tetapi adakah bermakna kita perlu masuk menjadi ahli kelab kelab itu?

Ataupun  kita ikuti suatu kumpulan masuk menyertai kedalam satu sistem yang ketua ketua kita sendiri telah mengatakan dalam amanatnya atau dalam ijtimaknya akan jahiliyahnya sistem itu,lalu atas dasar apa pula ketua ketua itu membawa kita sebagai jamaahnya bersama sertai sistem itu?yang mereka sendiri kata jahiliyah?

Manusia semakin pelik.

Apabila ditanya atas alasan apakah  penyertaan itu?
lalu kita menjawab diatas "ijtihad".
 yang bila ditanya apa ijtihadnya?
Kita jawab tanya guru kami!
Apakah kita sendiri tidak tahu apa ijtihadnya?lalu mengikut secara taqlid buta!
Hingga terpaksa orang luar disuruh  menanyakan kepada guru kita, ataukah ijtihad itu sebenarnya telah "hilang"?

Manusia semakin pelik.

Semakin kita melangkah menyerap jauh kedalam sistem itu,semakin  bersemangat dalam kemabokan dan mengatakan "" kami  ahli sunnah waljamaah"?
Sunnah dari mana?apakah itu sunnah dari lord reid?suruhanjaya yahudi yang mengaturcarakan dunia untuk kita?

Kitalah sumbu dan minyaknya.

Kemabokan itu membuatkan kita semakin mendokong  dan menguatkan sistem yang guru kita sendiri akui sebagai jahiliyah.sebuah sistem juga perlu sebuah janakuasa yang akan menjana ketertegakkannya.lalu kita yang entah dengan ijtihad mana telahpun sangat ghairah menjadi sumbu dan minyak janakuasa itu.

Manusia semakin pelik.

Dalam keasyikan "jihad" menjadikan diri sebagai sumbu dan minyak untuk menjanakuasakan sistem mereka,kita telah tanpa sedar memadamkan janakuasa sistem fitrah dari habitat kita sendiri sehingga cahaya agama ini kian malap kian terpadam.

Lubang biawak.

Gelap dan berkabuslah jalan agama setelah pesta pora menghalalkan cara dalam temasya "jihad" melebur cairkan diri atas nama sebuah kuasa.membawa jamaah sejengkal demi sejengkal kian kedalam kelubang biawak sistem itu.

Dari dalam lubang biawak itu kita melaung perjuang kalimah  dan gema sorak menghapus sistem ketika dilubang yang sama kepimpinan bersumpah setia "mempertahankan","melindungi" dan "memelihara" sistem musuh yang telah gah dijanakuasakan olih kita sendiri dalam ketersasaran yang kian memabokkan.

Bersambung bahgian kedua yang belum ditulis lagi

2 ulasan:

  1. salah ke kalau dlm lubang bejawak tu je ada kuasa.

    BalasPadam
  2. Kuasa bukan matlamat kejadian manusia.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab diatas setiap ulasan anda terhadap apa apa yang menyalahi agama ataupun perundangan negara.