Asal Usul Kaum Syiah
Saidina Uthman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepas Umar bin Khatab dibunuh oleh musuh dalam selimut daripada golongan kaum munafik. Ketika itu, keadaan masih lagi dilanda pergolakan dan keresahan.
Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Uthman, suasana pemerintahan dapat dikendalikan secara aman dan pada masa itu, ramai pemeluk Islam, termasuk seorang pemuda Yahudi dari Yaman bernama Abdullah bin Saba'.
Bagaimanapun, Abdullah bin Saba' mempunyai tujuan lain apabila memeluk Islam. Dia berharap Khalifah selaku penguasa negara Islam akan memberi penghormatan kepadanya lalu dia berangkat ke Madinah dan meminta izin mengharap Khalifah.
Dia kemudian menyampaikan keinginannya supaya diberi kedudukan tinggi di satu jabatan terpenting dalam bidang apa saja. Namun Khalifah Uthman menolak dan berkata," Aku hanya Pelayan Umat, aku diangkat menjadi Khalifah bukan atas keinginan aku, tetapi kesepakatan umat Islam".
Khalifah Uthman berkata lagi,"Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukan satu kehormatan, tetapi satu amanah. Apakah tuan sanggup memikul amanah itu, sedangkan tuan baru memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati kerana Allah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang".
Akibat dari peristiwa itu, Abdullah bin Saba' menyimpan dendam kepada Khalifah Uthman, umat Islam dan Agama Islam. Maka, antara dakyahnya ialah menabur fitnah kepada orang ramai yang pewaris Nabi dan Khalifah yang sah adalah Saidina Ali bin Abi Talib.
Sebahagian daripada masyarakat terpengaruh dengan hasutan itu sehingga mereka menubuhkan kumpulan yang dipanggil SYIAH SABA'IYAH iaitu kaum Syiah sekarang ini.
Berita busuknya fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba' sehingga dia berani berkata," Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Talib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibrail mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad, iaitu orang yang tidak berhak".
Mendengar khabar beracun itu, Ali bin Abi Talib sangat marah dan ketika beliau diangkat menjadi khalifah keempat mengganti Uthman, beliau memerintahkan Abdullah bin Saba' diusir dari Madinah.
Sejak itu bermulah dendam kaum syiah kepada ahli sunnah waljamaah.berlakulah api fitnah dari syiah yang mengakibatkan berlaku peperangan jamal dan shiffin.
Berlaku pembunuhan saidina hussin yang difitnahkan pembunuhan dilakukan puak yazid bin muawiyah.tetapi bukti pembunuhan tidak dilakukan puak yazid telah menyerlah dengan banyaknya perkahwinan terjadi antara anak cucu saidina hassan dan hussin dan anak cucu yazid.ini menjadi dalil tidak mungkinnya keturunan saidina hassan dan hussin akan mengahwini keturunan.yazid jika beliau adalah pembunuhnya.
Di antara contoh hubungan perkahwinan ini ialah:
(1) Anak perempuan Saidina Ali sendiri bernama Ramlah telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah iaitu saudara kepada Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan. (Ibn Hazm-Jamharatu Al Ansab, m.s. 80)
(2) Seorang lagi anak perempuan Saidina Ali berkahwin dengan Amirul Mukminin Abdul Malik sendiri iaitu khalifah yang ke empat daripada kerajaan Bani Umaiyah. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 9 m.s. 69)
(3) Seorang lagi anak perempuan Saidina Ali iaitu Khadijah berkahwin dengan anak gabenor 'Amir bin Kuraiz dari Bani Umaiyah bernama Abdul Rahman. (Jamharatu An Ansab, m.s. 68). 'Amir bin Kuraiz adalah gabenor bagi pihak Muawiyah di Basrah dan dalam peperangan Jamal dia berada di pihak lawan Sayyidina Ali.
Cucu Saidina Hasan pula bukan seorang dua yang telah berkahwin dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Bani Umaiyah bahkan sejarah telah mencatatkan 6 orang daripada cucu beliau telah berkahwin dengan mereka iaitu:-
1. Nafisah bt Zaid bin Hasan berkahwin dengan Amirul Mukminin Al Walid bin Abdul Malik bin Marwan.
2. Zainab bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali juga telah berkahwin dengan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Zainab ini adalah di antara orang yang turut serta di dalam rombongan Saidina Husain ke Kufah dan dia adalah salah seorang yang menyaksikan peristiwa pembunuhan Saidina Husain di Karbala dengan mata kepalanya sendiri.
3. Ummu Qasim bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali berkahwin dengan cucu Sadina Uthman iaitu Marwan bin Aban. Ummu Qasim ini selepas kematian suaminya Marwan berkahwin pula dengan Ali Zainal Abidin bin Al Husain.
4. Cucu perempuan Saidina Hasan yang keempat telah berkahwin dengan anak kepada Marwan bin Al-Hakam iaitu Muawiyah.
5. Cucu Saidina Hasan yang kelima bernama Hammaadah bt Hasan Al Mutsanna berkahwin dengan anak saudara Amirul Mukminin Marwan bin Al Hakam iaitu Ismail bin Abdul Malik.
6. Cucu Saidina Hasan yang keenam bernama Khadijah bt Husain bin Hasan bin Ali juga pernah berkahwin dengan Ismail bin Abdul Malik yang tersebut tadi sebelum sepupunya Hammaadah.
Perlu diingat bahawa semua mereka yang tersebut ada meninggalkan zuriat.
Dari kalangan anak cucu Saidina Husain pula ramai yang telah menjalinkan perkahwinan dengan individu-individu dari keluarga Bani Umaiyah, antaranya ialah:-
(1) Anak perempuan Saidina Husain yang terkenal bernama Sakinah. Selepas beberapa lama terbunuh suaminya Mus'ab bin Zubair, beliau telah berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Marwan iaitu Al Asbagh bin Abdul Aziz bin Marwan. Asbagh ini adalah saudara kepada Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz sedangkan isteri Asbagh yang kedua ialah anak kepada Amirul Mukminin Yazid iaitu Ummu Yazid. (Jamharatu Al -Ansab)
(2) Sakinah anak Saidina Husain yang tersebut tadi pernah juga berkahwin dengan cucu Saidina Uthman yang bernama Zaid bin Amar bin Uthman.
Sementara anak cucu kepada saudara-saudara Saidina Husain iaitu Abbas bin Ali dan lain-lain juga telah mengadakan perhubungan persemendaan dengan keluarga Umaiyah. Di antaranya yang boleh disebutkan ialah:-
Karbala.
Tidak ada satupun perkahwinan antara keturunan saidina hussin dan puak syiah.
Dan terdapat bukti nyata berupa pengakuan dari ulama syiah sendiri mengakui syiahlah pembunuh saidina hussin.
Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Saidina Husain ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing. Baaqir Majlisi menulis :
"Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa". (Jilaau Al'Uyun, m.s. 430)
Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al'Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Saidina Husain terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, " Kita telah memanggil Saidina Husain dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu ". (Surah Al Baqarah ayat 54). Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran "At Tawaabun".
Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie di dalam pembunuhan Saidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Saidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Saidina Husain. Dialah juga yang menjemput Saidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?
Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Saidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Husain. (Jilaau Al'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37).
Dan dizaman modern.ini syiah telah mula menyembunyikan kitab kitab tulisan ulama mereka yang dipenuhi penghinaan kepada para sahabat nabi saw dan ummul mukminin.
Bertujuan mempengaruhi dan memerangkap umat islam kedalam aqidah sesat mereka.
Jarum jarum halus syiah telah mula disuntik keatas umat islam.dengan berbagai gaya terutamanya dengan pendekatan antara mazhab,di iran telah diwujudkan majma taqrir dengan agenda kesefahaman antara mazhab.
Dan para heronya sedang giat mengumandangkan "syiah satu mazhab".walhal syiah adalah satu manhaj aqidah yang jauh dari islam.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab diatas setiap ulasan anda terhadap apa apa yang menyalahi agama ataupun perundangan negara.