Ahad, 30 Ogos 2015

amanat merdeka 2105.



"Saya ingin mengulangi, setelah layar telah dikembangkan, apabila sauh telah dilabuhkan, pantang ketua kapal dan anak-anak kapal menoleh ke belakang,” ucap perdana menteri dalam amanat hari Kebangsaan 2015 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam ini.
Malah, Najib berkata barisan kabinet barunya serta BN dan beliau sendiri akan terus memacu negara ke hadapan.(sebahagian petikan ucapan ds najib razak)

Manusia semakin pelik.

Inilah yang berlaku seperti ungkapan bahasa najib iatu bila layar telah dikembangkan dan SAUH DILABOH,maka kapal tidak akan bergerak kemana mana.
Ketua dan anak kapal bolih buat bodoh saja, pantang MENOLEH KEBELAKANG,rupanya kapal tak bergerak kerana sauh dilaboh.


Risiko jika LAYAR DIKEMBANG DAN SAUH DILABOH akan memungkin tiang layarnya patah atau kapal itu terbalik tenggelam melungkop jika tali sauh kebebalannya terlalu kuat.

Kita mahukan ketua kapal yang bijak iaitu mengangkat (bukan melabuh)sauh bila layar telah dikembangkan.maka kapal akan bergerak maju kehadapan.
Ketua yg LABOH SAUH bila LAYAR TELAH DIKEMBANGKAN patut dicampak kelaut.


Ataukah kita sanggup biarkan kapal ini tenggelam melungkup?

hizbut tahrir liberalisme.


HIZBUT TAHRIR PARTAI LIBERAL TETAPI TERIAK ANTI LIBERAL

Dialog antara Hizbut Tahrir (Liberal) dengan Hizbut Tahlil (Ahlussunnah Wal-Jama’ah).
Tahrir: “Akhi mengapa antum tidak mau ikut Hizbut Tahrir yang memperjuangkan tegaknya syari’ah dan khilafah?”
Tahlil: “Siapa pendiri Hizbut Tahrir?”
Tahrir: “Syaikh Taqiyuddin al-Nabhani, seorang mujtahid muthlaq.”
Tahlil: “Kalau menurut saya sih, Taqiyuddin al-Nabhani bukan mujtahid muthlaq dalam artian seperti Imam al-Syafi’i dan selevel beliau rahimahullah.”
Tahrir: “Terus mujtahid muthlaq dalam artian bagaimana?.”
Tahlil: “Muthlaq dalam artian kebebasan dan liberal.”
Tahrir: “Kok bisa begitu?”
Tahlil: “Ya di antara cici khas liberal kan membolehkan hukum yang dilarang syari’at.”
Tahrir: “Mana buktinya beliau membolehkan hukum yang dilarang syari’at?”
Tahlil: “Beliau membolehkan meraba dan menggerayangi tubuh wanita asal tidak syahwat. Juga membolehkan menjabat tangan wanita asal tidak syahwat.”
Tahrir: “Di mana itu?”
Tahlil: “Dalam kitab al-Nizham al-Ijtima’i fil al-Islam, yang dikutip oleh salah seorang pengagumnya, yang berinisial RAW, dalam buku liberalnya. Taqiyuddin al-Nabhani berkata:
أَنَّ لَمْسَهُنَّ (النِّسَاءِ) بِغَيْرِ شَهْوَةٍ لَيْسَ حَرَامًا
“Sesungguhnya menyentuh (meraba atau menggerayangi) tubuh kaum wanita, dengan tanpa syahwat, adalah tidak haram.”
Tahrir: “Kok liberal sekali ya, pendiri Hizbut Tahrir. Tapi RAW kok tidak merasa kalau itu ajaran liberal. Malah dia berteriak liberal pada orang lain yang memerangi liberal?”
Tahlil: “Ya begitulah para ustadz pengikut Hizbut Tahrir. Semoga Allah memberikan hidayah dan membuka hati mereka untuk keluar dari Hizbut Tahrir yang menyebarkan ajaran liberal dan kembali ke Ahlussunnah Wal-Jama’ah. Amin.”

Dipetik dari blog ustaz idrusramli

Sabtu, 29 Ogos 2015

Hell is paved with good intentions.


Hell is paved with good intentions.

Seorang ustaz berkata "neraka dilingkari niat yang baik".
Lalu saya tanyakan maksudnya dan ustaz menerangkan maksudnya Niat yg baik bukan satu jaminan utk mendapat keampunan jika berbuat kesalahan.

Maka tertolaklah perkataan manusia yang mengatakan "asal niat baik" kerana niat yang baik sahaja tidak menjamin keampunan Allah jika perlaksanaannya tidak ditertib atau dipandu dijalan baik untuk untuk mendapat hasil yang baik.

Niat yang baik tanpa perlaksanaan yang baik ibaratlah sebuah kereta yang baik dan superpower tetapi dipandu melalui jalan yang tidak baik iaitu jalan berlopak lopak dan berparit lubang.maka sia sialah superpowernya dan kemusnahan jua dipenghujung jalan.

Atau mungkin kereta yang baik itu akan musnah sebelum penghujung jalan dimana pihak pengadilan telahpun menanti.

bermakna jalan yang baik dan tepat adalah perlu untuk memandu niat yang baik kearah  garisan penamat demi mendapat kurnia keampunan dan keredhaan Allah.







Isnin, 24 Ogos 2015

sejarah syiah dan fitnahnya




Asal Usul Kaum Syiah

Saidina Uthman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepas Umar bin Khatab dibunuh oleh musuh dalam selimut daripada golongan kaum munafik. Ketika itu, keadaan masih lagi dilanda pergolakan dan keresahan.

Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Uthman, suasana pemerintahan dapat dikendalikan secara aman dan pada masa itu, ramai pemeluk Islam, termasuk seorang pemuda Yahudi dari Yaman bernama Abdullah bin Saba'.

Bagaimanapun, Abdullah bin Saba' mempunyai tujuan lain apabila memeluk Islam. Dia berharap Khalifah selaku penguasa negara Islam akan memberi penghormatan kepadanya lalu dia berangkat ke Madinah dan meminta izin mengharap Khalifah.

Dia kemudian menyampaikan keinginannya supaya diberi kedudukan tinggi di satu jabatan terpenting dalam bidang apa saja. Namun Khalifah Uthman menolak dan berkata," Aku hanya Pelayan Umat, aku diangkat menjadi Khalifah bukan atas keinginan aku, tetapi kesepakatan umat Islam".

Khalifah Uthman berkata lagi,"Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukan satu kehormatan, tetapi satu amanah. Apakah tuan sanggup memikul amanah itu, sedangkan tuan baru memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati kerana Allah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang".

Akibat dari peristiwa itu, Abdullah bin Saba' menyimpan dendam kepada Khalifah Uthman, umat Islam dan Agama Islam. Maka, antara dakyahnya ialah menabur fitnah kepada orang ramai yang pewaris Nabi dan Khalifah yang sah adalah Saidina Ali bin Abi Talib.

Sebahagian daripada masyarakat terpengaruh dengan hasutan itu sehingga mereka menubuhkan kumpulan yang dipanggil SYIAH SABA'IYAH iaitu kaum Syiah sekarang ini.

Berita busuknya fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba' sehingga dia berani berkata," Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Talib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibrail mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad, iaitu orang yang tidak berhak".

Mendengar khabar beracun itu, Ali bin Abi Talib sangat marah dan ketika beliau diangkat menjadi khalifah keempat mengganti Uthman, beliau memerintahkan Abdullah bin Saba' diusir dari Madinah.




Sejak itu bermulah dendam kaum syiah kepada ahli sunnah waljamaah.berlakulah api fitnah dari syiah yang mengakibatkan berlaku peperangan jamal dan shiffin.

Berlaku pembunuhan saidina hussin yang difitnahkan pembunuhan dilakukan puak yazid bin muawiyah.tetapi bukti pembunuhan tidak dilakukan puak yazid telah menyerlah dengan banyaknya perkahwinan terjadi antara anak cucu saidina hassan dan hussin dan anak cucu yazid.ini menjadi dalil tidak mungkinnya keturunan saidina hassan dan hussin akan mengahwini keturunan.yazid jika beliau adalah pembunuhnya.


Di antara contoh hubungan perkahwinan  ini ialah:

(1) Anak perempuan Saidina Ali sendiri bernama Ramlah telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah iaitu saudara kepada Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan. (Ibn Hazm-Jamharatu Al Ansab, m.s. 80)

(2) Seorang lagi anak perempuan Saidina Ali berkahwin dengan Amirul Mukminin Abdul Malik sendiri iaitu khalifah yang ke empat daripada kerajaan Bani Umaiyah. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 9 m.s. 69)

(3) Seorang lagi anak perempuan Saidina Ali iaitu Khadijah berkahwin dengan anak gabenor 'Amir bin Kuraiz dari Bani Umaiyah bernama Abdul Rahman. (Jamharatu An Ansab, m.s. 68). 'Amir bin Kuraiz adalah gabenor bagi pihak Muawiyah di Basrah dan dalam peperangan Jamal dia berada di pihak lawan Sayyidina Ali.

Cucu Saidina Hasan pula bukan seorang dua yang telah berkahwin dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Bani Umaiyah bahkan sejarah telah mencatatkan 6 orang daripada cucu beliau telah berkahwin dengan mereka iaitu:-

1.     Nafisah bt Zaid bin Hasan berkahwin dengan Amirul Mukminin Al Walid bin Abdul Malik bin Marwan.

2.     Zainab bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali juga telah berkahwin dengan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Zainab ini adalah di antara orang yang turut serta di dalam rombongan Saidina Husain ke Kufah dan dia adalah salah seorang yang menyaksikan peristiwa pembunuhan Saidina Husain di Karbala dengan mata kepalanya sendiri.

3.    Ummu Qasim bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali berkahwin dengan cucu Sadina Uthman iaitu Marwan bin Aban. Ummu Qasim ini selepas kematian suaminya Marwan berkahwin pula dengan Ali Zainal Abidin bin Al Husain.

4.     Cucu perempuan Saidina Hasan yang keempat telah berkahwin dengan anak kepada Marwan bin Al-Hakam iaitu Muawiyah.

5.     Cucu Saidina Hasan yang kelima bernama Hammaadah bt Hasan Al Mutsanna berkahwin dengan anak saudara Amirul Mukminin Marwan bin Al Hakam iaitu Ismail bin Abdul Malik.

6.     Cucu Saidina Hasan yang keenam bernama Khadijah bt Husain bin Hasan bin Ali juga pernah berkahwin dengan Ismail bin Abdul Malik yang tersebut tadi sebelum sepupunya Hammaadah. 

Perlu diingat bahawa semua mereka yang tersebut ada meninggalkan zuriat.

Dari kalangan anak cucu Saidina Husain pula ramai yang telah menjalinkan perkahwinan dengan individu-individu dari keluarga Bani Umaiyah, antaranya ialah:-

(1) Anak perempuan Saidina Husain yang terkenal bernama Sakinah. Selepas beberapa lama terbunuh suaminya Mus'ab bin Zubair, beliau telah berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Marwan iaitu Al Asbagh bin Abdul Aziz bin Marwan. Asbagh ini adalah saudara kepada Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz sedangkan isteri Asbagh yang kedua ialah anak kepada Amirul Mukminin Yazid iaitu Ummu Yazid. (Jamharatu Al -Ansab)

(2) Sakinah anak Saidina Husain yang tersebut tadi pernah juga berkahwin dengan cucu Saidina Uthman yang bernama Zaid bin Amar bin Uthman.

Sementara anak cucu kepada saudara-saudara Saidina Husain iaitu Abbas bin Ali dan lain-lain juga telah mengadakan perhubungan persemendaan dengan keluarga Umaiyah. Di antaranya yang boleh disebutkan ialah:-

Cucu perempuan kepada saudara Saidina Husain iaitu Abbas bin Ali bernama Nafisah bt Ubaidillah bin Abbas bin Ali berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Yazid yang bernama Abdullah bin Khalid bin Yazid bin Muawiyah. Datuk kepada Nafisah ini iaitu Abbas bin Ali adalah di antara orang yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah. Beliau terbunuh dalam pertempuran di medan 
Karbala.

 Tidak ada satupun perkahwinan antara keturunan saidina  hussin dan puak syiah.



Dan terdapat bukti nyata berupa pengakuan dari ulama syiah sendiri mengakui syiahlah pembunuh saidina hussin.



Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Saidina Husain ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing. Baaqir Majlisi menulis :

"Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa". (Jilaau Al'Uyun, m.s. 430)

Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al'Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Saidina Husain terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, " Kita telah memanggil Saidina Husain dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu ". (Surah Al Baqarah ayat 54). Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran "At Tawaabun".

Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie di dalam pembunuhan Saidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Saidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Saidina Husain. Dialah juga yang menjemput Saidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?

Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Saidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Husain. (Jilaau Al'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37).



Dan dizaman modern.ini syiah telah mula menyembunyikan kitab kitab tulisan ulama mereka yang dipenuhi penghinaan kepada para sahabat nabi saw dan ummul mukminin.
Bertujuan mempengaruhi dan memerangkap umat islam kedalam aqidah sesat mereka.

Jarum jarum halus syiah telah mula disuntik keatas umat islam.dengan berbagai gaya terutamanya dengan pendekatan antara mazhab,di iran telah diwujudkan majma taqrir dengan agenda kesefahaman antara mazhab.
Dan para heronya sedang giat mengumandangkan "syiah satu mazhab".walhal syiah adalah satu manhaj aqidah yang jauh dari islam.

Rabu, 19 Ogos 2015

lord reid yahudi


            Anutan

Ngeri laung merdeka,
Adalah loceng kematian,
Perjuangan anak bangsa,
Serentak demokrasi diwariskan,
Lumba berlumba watan berpartian,

Penjajah pergi tak goyah,
Segirang demokrasi diimarah,
Anak bangsa itupun pasrah,
Kian berlaga terpecah pecah,
mentaati peta amanat penjajah,
Keasyikkan penuh ghairah,

Terlupakah agama ciptaan Allah,
Sunnah rasul penunjuk arah,
AlQuran penyelamat ummah,
Masihkah langkah dijalan salah,
Pasrah kelembah punah.

Bahkan taat setia bersumpah,
Memelihara dan mempertahankan,
Anutan sebuah perlembagaan,
Demi dongeng kuasa memerintah,
Jalan islam hanyakah bahan sejarah,
Dalam tebal kabut asap penjarah,
Yang unggun bara apinya kitalah,
Dalam pesta langkah telagah,
Atas nama sebuah istiqamah,







kemabokan


kemabokan

Darihal ikan.
Ikan air tawar sangat terkenal menjadi hiasan cantik dan indah.ia tentunya hidup dalam habitat semula jadinya di air tawar.

Bagaimana jika ikan air tawar itu berenang masuk ke habitat lain seperti berenang kelaut masin?
Tentulah ia akan mabok atau mati.

Begitulah kehidupan ini.setiap kita yang cuba memasuki kehabitat sistem yang bukan dari habitat sistem fitrah semulajadi kita pasti kita juga akan mabok sepertinya maboknya ikan ikan itu.
Dalam mabok itu kita sukar mencari jalan kembali kehabitat asal kita.langkah menjadi celaru dan berpecah pecah dengan setiap dari kita melaungkan inilah jalannya,itulah jalannya.

Kebenaran tidak akan bercampur dengan kebathilan dalam satu bekas kecuali kebenaran itu tentunya akan kemabokan dan lenyap ditelan kebathilan.

Begitu juga jawapan oleh sesetengah antara kita menyatakan bolihnya berdakwah kedalam pub pub dan kelab malam.tetapi adakah bermakna kita perlu masuk menjadi ahli kelab kelab itu?

Ataupun  kita ikuti suatu kumpulan masuk menyertai kedalam satu sistem yang ketua ketua kita sendiri telah mengatakan dalam amanatnya atau dalam ijtimaknya akan jahiliyahnya sistem itu,lalu atas dasar apa pula ketua ketua itu membawa kita sebagai jamaahnya bersama sertai sistem itu?yang mereka sendiri kata jahiliyah?

Manusia semakin pelik.

Apabila ditanya atas alasan apakah  penyertaan itu?
lalu kita menjawab diatas "ijtihad".
 yang bila ditanya apa ijtihadnya?
Kita jawab tanya guru kami!
Apakah kita sendiri tidak tahu apa ijtihadnya?lalu mengikut secara taqlid buta!
Hingga terpaksa orang luar disuruh  menanyakan kepada guru kita, ataukah ijtihad itu sebenarnya telah "hilang"?

Manusia semakin pelik.

Semakin kita melangkah menyerap jauh kedalam sistem itu,semakin  bersemangat dalam kemabokan dan mengatakan "" kami  ahli sunnah waljamaah"?
Sunnah dari mana?apakah itu sunnah dari lord reid?suruhanjaya yahudi yang mengaturcarakan dunia untuk kita?

Kitalah sumbu dan minyaknya.

Kemabokan itu membuatkan kita semakin mendokong  dan menguatkan sistem yang guru kita sendiri akui sebagai jahiliyah.sebuah sistem juga perlu sebuah janakuasa yang akan menjana ketertegakkannya.lalu kita yang entah dengan ijtihad mana telahpun sangat ghairah menjadi sumbu dan minyak janakuasa itu.

Manusia semakin pelik.

Dalam keasyikan "jihad" menjadikan diri sebagai sumbu dan minyak untuk menjanakuasakan sistem mereka,kita telah tanpa sedar memadamkan janakuasa sistem fitrah dari habitat kita sendiri sehingga cahaya agama ini kian malap kian terpadam.

Lubang biawak.

Gelap dan berkabuslah jalan agama setelah pesta pora menghalalkan cara dalam temasya "jihad" melebur cairkan diri atas nama sebuah kuasa.membawa jamaah sejengkal demi sejengkal kian kedalam kelubang biawak sistem itu.

Dari dalam lubang biawak itu kita melaung perjuang kalimah  dan gema sorak menghapus sistem ketika dilubang yang sama kepimpinan bersumpah setia "mempertahankan","melindungi" dan "memelihara" sistem musuh yang telah gah dijanakuasakan olih kita sendiri dalam ketersasaran yang kian memabokkan.

Bersambung bahgian kedua yang belum ditulis lagi

Selasa, 18 Ogos 2015

belantara meronta

Terbalas

Tangisan belantara,
Diinjak tamak manusia.
Atas nama bangun menggila,
Jentolak rakus pesta pora.

Tak siapa kesah rintih pilu rimba,
Akar pasak bumi tak lagi berdaya,
Merintih leleh lelumpur segenap desa,
Airmata rimba membuak arus gelora,

Rintih pilu tangis warga,
Apabila alam menuntut bela,
Meminta haknya,kayu kayannya,
Tanah tanih dan akar rotannya,

Alam menyerlah tanda,
Bangkit meronta,
Menghumban tamak manusia.
Terbongkar rakus kuasa
Penguasa leluasa.

jalan lurus


Islam ada jalan lurusnya sendiri  menuju destinasi yang pasti namun mengapakah jalan berliku dipilih untuk menaikkan islam itu?

Jalan lurus itu terbentang dipetakan AlQuran dan kita dibekalkan kompas AlHadis sebagai penunjuk.ulamak sebagai penyuluh namun kita kian masuk kepersimpangan yang konon dari persimpangan itu kita akan menuju jua destinasi melalui jalan lain.

Padahal kita kian sesat dipersimpangan yang semakin kita masuk semakin banyak pula persimpangannya.sehingga jalan lurus itu semakin jauh dari kita hatta untuk kembali pun menjadi agak mustahil.

Lalu masing masing mengatakan inilah jalannya,inilah jalannya,dalam bingung itu kita semakin jauh tersesat.

.Sesungguhnya kalian akan mengikuti orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, bahkan sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun pasti kalian turut mengikutinya.” Kami (sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang diikuti itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi?” (Sahih Muslim).

Baca maksud surah AlFateha yang antaranya "tunjukkanlah kami jalan yang lurus"
Iaitu jalan mereka yang berolih nikmat"
"Bukan jalan mereka yang engkau murkai"
"Bukan jalan mereka yang engkau sesatkan".

Namun kita masih saja redha menuruti dan menganuti jalan yahudi dan nasara itu dan berbangga melaungkan kalimah ketika melangkah kian berpecah disetiap liku yang kian bersimpang.