Perjuangan ini kita katakan dijalan lurus ketika kita keasyikan dilambung ombak nafsu pangkat,darjat nama dan kekuasaan.
samaada tanpa sedar ataupun kesengajaan,kita berpijak diatas landasan retorik sistem ciptaan yahudi atas nama pejuang dan fi sabilillah
Lambungan ombak terus menghanyut mabokkan kita semakin jauh kedalam keghairahan dengan dengan jawatan dan elaun elaun dan yakin bahwa kitalah pejuang islam fi sabilillah.
Terlupa bagaimana islam itu bermula iaitu secara
"dagang.kesusahan,kelaparan dan dari pejuang pejuang yang terhalau dari tanah kelahirannya dan bangkit gemilang dengan senjata taqwa.
bukan dari pejuang pejuang yang kekenyangan atau yang kemabokan dibelai gelumang nikmat kuasa atau pejuang jihad dimedan pilihanraya yang membazirkan jutaan ringgit poster poster nafsu kegelojohan.
Demi untuk mempamerkan kitalah wira akhir zaman yang melangkah telus dengan pekik teriak kalimah dalam ribut ceramah,kita pun dengan gah mengusung tajuk hudud ketengah khalayak.
Sebahagian antara kita berkira kira mencari jalan pintas yang dapat lebih menyegerakan terlaksananya hudud itu seoalah ada suatu perlumbaan untuk memenanginya.
Gopoh gapahlah kita mengusung dan meminda minda berbagai draf pindaan sehingga hudud itu disuku sukukan yang sukunya diambil dari kitabullah dan suku lagi "diserasikan" dengan perlembagaan lord reid.sedang suku yang lainnya ditinggalkan begitu sahaja atas ijtihad "atas kemampuan dan bidang kuasa yang ada pada kita".
Manusia semakin pelik.
Adakah kita dipaksa atas sesuatu jika kemampuan itu belum wujud,seperti berhaji yang menjadi rukun islam?adakah suatu paksaan keatasnya?kalau tiada,maka apa perlunya kegopohan mengambil jalan pintas?padahal jalan sebenar telah dipetakan AlQuran dengan rasulullah saw diutus sebagai penunjuk tatacara.
Atau terpadamkah lampu penyuluh ditangan para ulama?
Kegagalan adalah hakikat mutlak jika kita mengambil jalan pintas demi kegopohan merealisasikan nafsu.
Kegagalan itu kita cuba kita selingkup dengan slogan sekurang kurangnya kita berusaha kearah terlaksananya hudud itu tanpa pernah kita sedar usaha dijalan pintas itu hanyalah kesia-siaan.
Kita sebenarnya telah menghinakan hukum milik Allah apabila membawanya dijalan pintas untuk diundikan olih makhlok ciptaan pemilik hukum itu.layakkah makhlok ciptaan mengundi hukum pemilik?
Ingat!kitalah yang membawanya untuk pengundian itu!.
Kitalah yang bertanggungjawab atas dosa penghinaan mereka. Usaha sia sia.
Sebelum menegakkan hudud,kita wajar menegakkan islam sebagai rahmatan lil alamin.rahmat untuk sekalian alam.
Tegakkan dan serlahkan islam sebagai sebenarnya membawa kebajikan keseluruh alam.
Bagaimana ingin laksana hudud ketika ekonomi ummat pun tidak kita kuasai?
Bagaimana laksana hudud ketika derma derma jihad itupun masih disimpan di instituasi riba?
Sedang kuasa mutlak juga tidak berada ditangan kita?
Ingat bahwa rasulullah saw telah memacakkan tongkat dan menyatakan ini pasar orang islam(ekonomi)lama sebelum hudud dilaksana.
Abdul rahman auf telah menjadi "payung" ekonomi ummat sebelum hudud dilaksana.Keimanan telah memenuhi kota kekuasaan menaungi ummah.islam sebenar benar telah menyerlah sebagai agama rahmat dan kebajikan
Ingat juga hikmah ayat AlQuran diturunkan secara berperingkat.ayat ayat terawal membenarkan kenabian dan islam,ayat ayat kemudiannya menanam keimanan, keimanan melahirkan ketabahan dan akhlak dan dari akhlak terserlahlah keindahan sehingga berbondong bondong masuk kedalam islam.
Bagaimana laksana hudud ketika akhlak kepimpinan sendiri masih gagal,bahkan gah melaknat sesama.saudara seagama dan kata kata kesat masih menjadi mainan lidah?
Ratusan berhala disekeliling kaabah tidak pernah diarah diruntuhkan olih nabi maupun sahabat namun berhala berhala itu runtuh mereput sendiri ketika penganutnya telah terpikat dengan keindahan islam dan akhlak yang diserlahkan rasulullah saw dan para sahabat ra,
Dan kita....apa yang telah kita serlahkan kepada agama ini?selain pesta langkah telagah?
Malah semakin lama semakin berpecah pecah dan saling melaknati sesama seagama bahkan mencerai beraikan rumahtangga dalam baiah nafsu tak berkesudahan.
Sama sama kita baca isi kandungan khutbah beliau ini dengan mata hati
Tentang baiah talak itu samaada ianya sunnah atau bathil atau hanya kepentingan nafsu politik.
Saya tidak menambah atau mengurangi sehuruf pun dari petikan ini.
(Admin) : PETIKAN KULIAH JUMAAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG - 4 Sept. 2015
"LAKNAT ALLAH LEBIH BESAR DARI CERAI ISTERI"
Antara ajaran Islam yang terkandung didalam kitab Injil adalah kewajipan berjihad. Allah SWT berfirman: إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan (baiah) yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. [At-Taubah:111]
Dalam ayat ini juga tuhan menyebut tentang baiah. Baiah berasal dari baya'a iaitu jual beli, dimana jualbeli yang dimaksudkan adalah jualbeli orang-orang beriman kepada Allah SWT.
Baiah adalah sumpah kepada Allah untuk taat setia terhadap perjuangan Islam dan tidak sekali-kali berundur. Ia diamalkan sejak zaman Nabi SAW. Pertamanya adalah bai'ah aqabah ula yang disertai 12 orang-orang Islam dari Madinah. Mereka bersumpah untuk mengamalkan Islam sekembalinya ke Madinah. Baiah kedua berlaku pada tahun berikutnya seramai 73 orang termasuk 2 wanita. Baiah ini meminta mereka mentaati Nabi dan mempertahankan Nabi sebagaimana mereka pertahankan diri dan keluarga sendiri. Manakala baiah ketiga berlaku ketika umat Islam mahu masuk ke Mekah. Apabila mendengar berita Saidina Uthman dibunuh, Nabi mengumpul umat Islam dibawah pohon Ridhwan dan meminta mereka bersumpah untuk tetap masuk ke Madinah walaupun terpaksa berperang dan mati. Namun ada orang-orang munafik yang bersembunyi kerana tidak mahu baiah.
Dizaman Abasiyyah dan Umawiyah, para pemimpin mereka juga mewajibkan baiah kepada tentera Islam dengan menambah ta'liq talak dan memerdekakan hamba. Tujuan sama, supaya umat Islam tidak lagi berundur dari medan jihad. Walaupun sebenarnya apa yang disumpahkan itu tetap menjadi kewajipan walaupun tidak berbaiah, tetapi ia menjadi cara untuk mengukuhkan lagi kesetiaan umat Islam terhadap perjuangannya. Mereka akan lebih gerun untuk melakukan apa-apa. Sekurang-kurangnya kalau mereka tak takut Allah pun, mereka akan takut kehilangan isteri .
Kita juga mewajibkan setiap calon yang bertanding berbaiah demi Allah untuk tidak lari dari amanah yang diberi. Jika tidak, mereka akan menerima laknat Allah, Malaikat dan sekalian pelaknat.
Adapun ta'liq cerai itu hanya sampingan sahaja. Yang lebih besar adalah janji dia terhadap Allah. Malangnya orang lebih sibuk memikirkan soal cerai itu. Lebih sayang isteri dari Allah. Bagi mereka, dengan Allah tak apa, boleh langgar begitu saja. Isteri lebih penting. Kenapa sampai jadi begini? Padahal cerai isteri, boleh kahwin lagi. Tapi kalau menerima laknat Allah dan malaikat, boleh buat apa lagi?
* Telah dicatat Oleh :- Alang Ibn Shukrimun Masjid Rusila.
Ulasan saya,
Dari ucapan diatas jelas baiah talak tidak berlaku dizaman Rasulullah (saw) kecuali baiah taat setia.
baiah talak menurut ucapan itu hanya berlaku dizaman abasiyyah dan umawiyah(mungkin muawiyah) tetapi adalah dalam masaalah peperangan dijalan Allah(menurut petikan diatas sahaja) dan bukan kerana politik kepartian dijalan sistem yang bukan dari jalan islam sendiri seperti yang kita anuti sekarang.
Adakah "kemabokan"(baca tajuk ikan air tawar)itu telah menjerumuskan kita kian jauh kelembah kemusnahan peradaban?
lantas masih merasakan tindakan kita benar dijalan lurus dan membawa ayat AlQuran untuk menyokong tindakan itu.padahal ayat itu tidak pun berkait dengan baiah talak(baiah taat sahaja).
Manusia semakin pelik.
Bukankah telah cukup dengan "baiah taat setia"tanpa "baiah talak atau laknat"kerana Allah lebih mengetahui siapa yang melanggar baiah dan lebih berhak melaknat siapa yang dikehendakinya dengan laknat(a'uzubillah).
Untuk.apa kita ghairah berdoa meminta laknat keatas saudara seagama padahal hadis mengatakan tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.imam hassan albana ada berkata "jadilah seperti pokok,walau dibaling dengan batu,pokok itu malah memberi kita buah yang ranum"
Terbukti sistem yang kita anuti ini membawa perpecahan dan pertelagahan yang akhirnya memecahkan ummat kepuak puak yang semakin kecil dan benar benar telah menjadi ibarat buih buih dilautan.
Malah sistem itu berjaya dan berbangga mencerai beraikan suami isteri dalam anutan menyimpang demi nafsu mengekalkan kuasa politik yang dicatur yahudi.
Semakin jauh kita masuk kedalam sistem mereka (baca tajuk jalan yang lurus)semakin bersimpang lah jalan itu dan semakin kita bertelagah "inilah jalannya","inilah jalannya" dan semakin berpecah pecah disimpang pilihan nafsu antara kita.
Jalan yang sebenar semakin jauh kita tinggalkan sehingga seolah jalan sebenar itu telah semak samun tanpa siapa lagi terpandang untuk kembali.
"Saya ingin mengulangi, setelah layar telah dikembangkan, apabila sauh telah dilabuhkan, pantang ketua kapal dan anak-anak kapal menoleh ke belakang,” ucap perdana menteri dalam amanat hari Kebangsaan 2015 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam ini.
Malah, Najib berkata barisan kabinet barunya serta BN dan beliau sendiri akan terus memacu negara ke hadapan.(sebahagian petikan ucapan ds najib razak)
Manusia semakin pelik.
Inilah yang berlaku seperti ungkapan bahasa najib iatu bila layar telah dikembangkan dan SAUH DILABOH,maka kapal tidak akan bergerak kemana mana. Ketua dan anak kapal bolih buat bodoh saja, pantang MENOLEH KEBELAKANG,rupanya kapal tak bergerak kerana sauh dilaboh. Risiko jika LAYAR DIKEMBANG DAN SAUH DILABOH akan memungkin tiang layarnya patah atau kapal itu terbalik tenggelam melungkop jika tali sauh kebebalannya terlalu kuat.
Kita mahukan ketua kapal yang bijak iaitu mengangkat (bukan melabuh)sauh bila layar telah dikembangkan.maka kapal akan bergerak maju kehadapan. Ketua yg LABOH SAUH bila LAYAR TELAH DIKEMBANGKAN patut dicampak kelaut. Ataukah kita sanggup biarkan kapal ini tenggelam melungkup?
HIZBUT TAHRIR PARTAI LIBERAL TETAPI TERIAK ANTI LIBERAL
Dialog antara Hizbut Tahrir (Liberal) dengan Hizbut Tahlil (Ahlussunnah Wal-Jama’ah).
Tahrir: “Akhi mengapa antum tidak mau ikut Hizbut Tahrir yang memperjuangkan tegaknya syari’ah dan khilafah?”
Tahlil: “Siapa pendiri Hizbut Tahrir?”
Tahrir: “Syaikh Taqiyuddin al-Nabhani, seorang mujtahid muthlaq.”
Tahlil: “Kalau menurut saya sih, Taqiyuddin al-Nabhani bukan mujtahid muthlaq dalam artian seperti Imam al-Syafi’i dan selevel beliau rahimahullah.”
Tahrir: “Terus mujtahid muthlaq dalam artian bagaimana?.”
Tahlil: “Muthlaq dalam artian kebebasan dan liberal.”
Tahrir: “Kok bisa begitu?”
Tahlil: “Ya di antara cici khas liberal kan membolehkan hukum yang dilarang syari’at.”
Tahrir: “Mana buktinya beliau membolehkan hukum yang dilarang syari’at?”
Tahlil: “Beliau membolehkan meraba dan menggerayangi tubuh wanita asal tidak syahwat. Juga membolehkan menjabat tangan wanita asal tidak syahwat.”
Tahrir: “Di mana itu?”
Tahlil: “Dalam kitab al-Nizham al-Ijtima’i fil al-Islam, yang dikutip oleh salah seorang pengagumnya, yang berinisial RAW, dalam buku liberalnya. Taqiyuddin al-Nabhani berkata:
“Sesungguhnya menyentuh (meraba atau menggerayangi) tubuh kaum wanita, dengan tanpa syahwat, adalah tidak haram.”
Tahrir: “Kok liberal sekali ya, pendiri Hizbut Tahrir. Tapi RAW kok tidak merasa kalau itu ajaran liberal. Malah dia berteriak liberal pada orang lain yang memerangi liberal?”
Tahlil: “Ya begitulah para ustadz pengikut Hizbut Tahrir. Semoga Allah memberikan hidayah dan membuka hati mereka untuk keluar dari Hizbut Tahrir yang menyebarkan ajaran liberal dan kembali ke Ahlussunnah Wal-Jama’ah. Amin.”
Seorang ustaz berkata "neraka dilingkari niat yang baik".
Lalu saya tanyakan maksudnya dan ustaz menerangkan maksudnya Niat yg baik bukan satu jaminan utk mendapat keampunan jika berbuat kesalahan.
Maka tertolaklah perkataan manusia yang mengatakan "asal niat baik" kerana niat yang baik sahaja tidak menjamin keampunan Allah jika perlaksanaannya tidak ditertib atau dipandu dijalan baik untuk untuk mendapat hasil yang baik.
Niat yang baik tanpa perlaksanaan yang baik ibaratlah sebuah kereta yang baik dan superpower tetapi dipandu melalui jalan yang tidak baik iaitu jalan berlopak lopak dan berparit lubang.maka sia sialah superpowernya dan kemusnahan jua dipenghujung jalan.
Atau mungkin kereta yang baik itu akan musnah sebelum penghujung jalan dimana pihak pengadilan telahpun menanti.
bermakna jalan yang baik dan tepat adalah perlu untuk memandu niat yang baik kearah garisan penamat demi mendapat kurnia keampunan dan keredhaan Allah.
Saidina Uthman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepas Umar bin Khatab dibunuh oleh musuh dalam selimut daripada golongan kaum munafik. Ketika itu, keadaan masih lagi dilanda pergolakan dan keresahan.
Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Uthman, suasana pemerintahan dapat dikendalikan secara aman dan pada masa itu, ramai pemeluk Islam, termasuk seorang pemuda Yahudi dari Yaman bernama Abdullah bin Saba'.
Bagaimanapun, Abdullah bin Saba' mempunyai tujuan lain apabila memeluk Islam. Dia berharap Khalifah selaku penguasa negara Islam akan memberi penghormatan kepadanya lalu dia berangkat ke Madinah dan meminta izin mengharap Khalifah.
Dia kemudian menyampaikan keinginannya supaya diberi kedudukan tinggi di satu jabatan terpenting dalam bidang apa saja. Namun Khalifah Uthman menolak dan berkata," Aku hanya Pelayan Umat, aku diangkat menjadi Khalifah bukan atas keinginan aku, tetapi kesepakatan umat Islam".
Khalifah Uthman berkata lagi,"Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukan satu kehormatan, tetapi satu amanah. Apakah tuan sanggup memikul amanah itu, sedangkan tuan baru memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati kerana Allah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang".
Akibat dari peristiwa itu, Abdullah bin Saba' menyimpan dendam kepada Khalifah Uthman, umat Islam dan Agama Islam. Maka, antara dakyahnya ialah menabur fitnah kepada orang ramai yang pewaris Nabi dan Khalifah yang sah adalah Saidina Ali bin Abi Talib.
Sebahagian daripada masyarakat terpengaruh dengan hasutan itu sehingga mereka menubuhkan kumpulan yang dipanggil SYIAH SABA'IYAH iaitu kaum Syiah sekarang ini.
Berita busuknya fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba' sehingga dia berani berkata," Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Talib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibrail mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad, iaitu orang yang tidak berhak".
Mendengar khabar beracun itu, Ali bin Abi Talib sangat marah dan ketika beliau diangkat menjadi khalifah keempat mengganti Uthman, beliau memerintahkan Abdullah bin Saba' diusir dari Madinah.
Sejak itu bermulah dendam kaum syiah kepada ahli sunnah waljamaah.berlakulah api fitnah dari syiah yang mengakibatkan berlaku peperangan jamal dan shiffin. Berlaku pembunuhan saidina hussin yang difitnahkan pembunuhan dilakukan puak yazid bin muawiyah.tetapi bukti pembunuhan tidak dilakukan puak yazid telah menyerlah dengan banyaknya perkahwinan terjadi antara anak cucu saidina hassan dan hussin dan anak cucu yazid.ini menjadi dalil tidak mungkinnya keturunan saidina hassan dan hussin akan mengahwini keturunan.yazid jika beliau adalah pembunuhnya.
Di antara contoh hubungan perkahwinan ini ialah:
(1) Anak perempuan Saidina Ali sendiri bernama Ramlah telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah iaitu saudara kepada Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan. (Ibn Hazm-Jamharatu Al Ansab, m.s. 80)
(2) Seorang lagi anak perempuan Saidina Ali berkahwin dengan Amirul Mukminin Abdul Malik sendiri iaitu khalifah yang ke empat daripada kerajaan Bani Umaiyah. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 9 m.s. 69)
(3) Seorang lagi anak perempuan Saidina Ali iaitu Khadijah berkahwin dengan anak gabenor 'Amir bin Kuraiz dari Bani Umaiyah bernama Abdul Rahman. (Jamharatu An Ansab, m.s. 68). 'Amir bin Kuraiz adalah gabenor bagi pihak Muawiyah di Basrah dan dalam peperangan Jamal dia berada di pihak lawan Sayyidina Ali.
Cucu Saidina Hasan pula bukan seorang dua yang telah berkahwin dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Bani Umaiyah bahkan sejarah telah mencatatkan 6 orang daripada cucu beliau telah berkahwin dengan mereka iaitu:-
1. Nafisah bt Zaid bin Hasan berkahwin dengan Amirul Mukminin Al Walid bin Abdul Malik bin Marwan.
2. Zainab bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali juga telah berkahwin dengan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Zainab ini adalah di antara orang yang turut serta di dalam rombongan Saidina Husain ke Kufah dan dia adalah salah seorang yang menyaksikan peristiwa pembunuhan Saidina Husain di Karbala dengan mata kepalanya sendiri.
3. Ummu Qasim bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali berkahwin dengan cucu Sadina Uthman iaitu Marwan bin Aban. Ummu Qasim ini selepas kematian suaminya Marwan berkahwin pula dengan Ali Zainal Abidin bin Al Husain.
4. Cucu perempuan Saidina Hasan yang keempat telah berkahwin dengan anak kepada Marwan bin Al-Hakam iaitu Muawiyah.
5. Cucu Saidina Hasan yang kelima bernama Hammaadah bt Hasan Al Mutsanna berkahwin dengan anak saudara Amirul Mukminin Marwan bin Al Hakam iaitu Ismail bin Abdul Malik.
6. Cucu Saidina Hasan yang keenam bernama Khadijah bt Husain bin Hasan bin Ali juga pernah berkahwin dengan Ismail bin Abdul Malik yang tersebut tadi sebelum sepupunya Hammaadah.
Perlu diingat bahawa semua mereka yang tersebut ada meninggalkan zuriat.
Dari kalangan anak cucu Saidina Husain pula ramai yang telah menjalinkan perkahwinan dengan individu-individu dari keluarga Bani Umaiyah, antaranya ialah:-
(1) Anak perempuan Saidina Husain yang terkenal bernama Sakinah. Selepas beberapa lama terbunuh suaminya Mus'ab bin Zubair, beliau telah berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Marwan iaitu Al Asbagh bin Abdul Aziz bin Marwan. Asbagh ini adalah saudara kepada Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz sedangkan isteri Asbagh yang kedua ialah anak kepada Amirul Mukminin Yazid iaitu Ummu Yazid. (Jamharatu Al -Ansab)
(2) Sakinah anak Saidina Husain yang tersebut tadi pernah juga berkahwin dengan cucu Saidina Uthman yang bernama Zaid bin Amar bin Uthman.
Sementara anak cucu kepada saudara-saudara Saidina Husain iaitu Abbas bin Ali dan lain-lain juga telah mengadakan perhubungan persemendaan dengan keluarga Umaiyah. Di antaranya yang boleh disebutkan ialah:-
Cucu perempuan kepada saudara Saidina Husain iaitu Abbas bin Ali bernama Nafisah bt Ubaidillah bin Abbas bin Ali berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Yazid yang bernama Abdullah bin Khalid bin Yazid bin Muawiyah. Datuk kepada Nafisah ini iaitu Abbas bin Ali adalah di antara orang yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah. Beliau terbunuh dalam pertempuran di medan Karbala. Tidak ada satupun perkahwinan antara keturunan saidina hussin dan puak syiah.
Dan terdapat bukti nyata berupa pengakuan dari ulama syiah sendiri mengakui syiahlah pembunuh saidina hussin.
Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Saidina Husain ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing. Baaqir Majlisi menulis :
"Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa". (Jilaau Al'Uyun, m.s. 430)
Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al'Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Saidina Husain terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, " Kita telah memanggil Saidina Husain dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu ". (Surah Al Baqarah ayat 54). Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran "At Tawaabun".
Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie di dalam pembunuhan Saidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Saidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Saidina Husain. Dialah juga yang menjemput Saidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?
Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Saidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Husain. (Jilaau Al'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37).
Dan dizaman modern.ini syiah telah mula menyembunyikan kitab kitab tulisan ulama mereka yang dipenuhi penghinaan kepada para sahabat nabi saw dan ummul mukminin.
Bertujuan mempengaruhi dan memerangkap umat islam kedalam aqidah sesat mereka.
Jarum jarum halus syiah telah mula disuntik keatas umat islam.dengan berbagai gaya terutamanya dengan pendekatan antara mazhab,di iran telah diwujudkan majma taqrir dengan agenda kesefahaman antara mazhab.
Dan para heronya sedang giat mengumandangkan "syiah satu mazhab".walhal syiah adalah satu manhaj aqidah yang jauh dari islam.
Ngeri laung merdeka,
Adalah loceng kematian,
Perjuangan anak bangsa,
Serentak demokrasi diwariskan,
Lumba berlumba watan berpartian,
Penjajah pergi tak goyah,
Segirang demokrasi diimarah,
Anak bangsa itupun pasrah,
Kian berlaga terpecah pecah,
mentaati peta amanat penjajah,
Keasyikkan penuh ghairah,
Bahkan taat setia bersumpah,
Memelihara dan mempertahankan,
Anutan sebuah perlembagaan,
Demi dongeng kuasa memerintah,
Jalan islam hanyakah bahan sejarah,
Dalam tebal kabut asap penjarah,
Yang unggun bara apinya kitalah,
Dalam pesta langkah telagah,
Atas nama sebuah istiqamah,
Darihal ikan. Ikan air tawar sangat terkenal menjadi hiasan cantik dan indah.ia tentunya hidup dalam habitat semula jadinya di air tawar.
Bagaimana jika ikan air tawar itu berenang masuk ke habitat lain seperti berenang kelaut masin? Tentulah ia akan mabok atau mati.
Begitulah kehidupan ini.setiap kita yang cuba memasuki kehabitat sistem yang bukan dari habitat sistem fitrah semulajadi kita pasti kita juga akan mabok sepertinya maboknya ikan ikan itu. Dalam mabok itu kita sukar mencari jalan kembali kehabitat asal kita.langkah menjadi celaru dan berpecah pecah dengan setiap dari kita melaungkan inilah jalannya,itulah jalannya.
Kebenaran tidak akan bercampur dengan kebathilan dalam satu bekas kecuali kebenaran itu tentunya akan kemabokan dan lenyap ditelan kebathilan.
Begitu juga jawapan oleh sesetengah antara kita menyatakan bolihnya berdakwah kedalam pub pub dan kelab malam.tetapi adakah bermakna kita perlu masuk menjadi ahli kelab kelab itu?
Ataupun kita ikuti suatu kumpulan masuk menyertai kedalam satu sistem yang ketua ketua kita sendiri telah mengatakan dalam amanatnya atau dalam ijtimaknya akan jahiliyahnya sistem itu,lalu atas dasar apa pula ketua ketua itu membawa kita sebagai jamaahnya bersama sertai sistem itu?yang mereka sendiri kata jahiliyah?
Manusia semakin pelik.
Apabila ditanya atas alasan apakah penyertaan itu? lalu kita menjawab diatas "ijtihad". yang bila ditanya apa ijtihadnya? Kita jawab tanya guru kami! Apakah kita sendiri tidak tahu apa ijtihadnya?lalu mengikut secara taqlid buta! Hingga terpaksa orang luar disuruh menanyakan kepada guru kita, ataukah ijtihad itu sebenarnya telah "hilang"?
Manusia semakin pelik.
Semakin kita melangkah menyerap jauh kedalam sistem itu,semakin bersemangat dalam kemabokan dan mengatakan "" kami ahli sunnah waljamaah"? Sunnah dari mana?apakah itu sunnah dari lord reid?suruhanjaya yahudi yang mengaturcarakan dunia untuk kita?
Kitalah sumbu dan minyaknya.
Kemabokan itu membuatkan kita semakin mendokong dan menguatkan sistem yang guru kita sendiri akui sebagai jahiliyah.sebuah sistem juga perlu sebuah janakuasa yang akan menjana ketertegakkannya.lalu kita yang entah dengan ijtihad mana telahpun sangat ghairah menjadi sumbu dan minyak janakuasa itu.
Manusia semakin pelik.
Dalam keasyikan "jihad" menjadikan diri sebagai sumbu dan minyak untuk menjanakuasakan sistem mereka,kita telah tanpa sedar memadamkan janakuasa sistem fitrah dari habitat kita sendiri sehingga cahaya agama ini kian malap kian terpadam.
Lubang biawak.
Gelap dan berkabuslah jalan agama setelah pesta pora menghalalkan cara dalam temasya "jihad" melebur cairkan diri atas nama sebuah kuasa.membawa jamaah sejengkal demi sejengkal kian kedalam kelubang biawak sistem itu.
Dari dalam lubang biawak itu kita melaung perjuang kalimah dan gema sorak menghapus sistem ketika dilubang yang sama kepimpinan bersumpah setia "mempertahankan","melindungi" dan "memelihara" sistem musuh yang telah gah dijanakuasakan olih kita sendiri dalam ketersasaran yang kian memabokkan.
Islam ada jalan lurusnya sendiri menuju destinasi yang pasti namun mengapakah jalan berliku dipilih untuk menaikkan islam itu?
Jalan lurus itu terbentang dipetakan AlQuran dan kita dibekalkan kompas AlHadis sebagai penunjuk.ulamak sebagai penyuluh namun kita kian masuk kepersimpangan yang konon dari persimpangan itu kita akan menuju jua destinasi melalui jalan lain.
Padahal kita kian sesat dipersimpangan yang semakin kita masuk semakin banyak pula persimpangannya.sehingga jalan lurus itu semakin jauh dari kita hatta untuk kembali pun menjadi agak mustahil.
Lalu masing masing mengatakan inilah jalannya,inilah jalannya,dalam bingung itu kita semakin jauh tersesat.
.Sesungguhnya kalian akan mengikuti orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, bahkan sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun pasti kalian turut mengikutinya.” Kami (sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang diikuti itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi?” (Sahih Muslim).
Baca maksud surah AlFateha yang antaranya "tunjukkanlah kami jalan yang lurus"
Iaitu jalan mereka yang berolih nikmat"
"Bukan jalan mereka yang engkau murkai"
"Bukan jalan mereka yang engkau sesatkan".
Namun kita masih saja redha menuruti dan menganuti jalan yahudi dan nasara itu dan berbangga melaungkan kalimah ketika melangkah kian berpecah disetiap liku yang kian bersimpang.