Rabu, 19 Ogos 2015
lord reid yahudi
Anutan
Ngeri laung merdeka,
Adalah loceng kematian,
Perjuangan anak bangsa,
Serentak demokrasi diwariskan,
Lumba berlumba watan berpartian,
Penjajah pergi tak goyah,
Segirang demokrasi diimarah,
Anak bangsa itupun pasrah,
Kian berlaga terpecah pecah,
mentaati peta amanat penjajah,
Keasyikkan penuh ghairah,
Terlupakah agama ciptaan Allah,
Sunnah rasul penunjuk arah,
AlQuran penyelamat ummah,
Masihkah langkah dijalan salah,
Pasrah kelembah punah.
Bahkan taat setia bersumpah,
Memelihara dan mempertahankan,
Anutan sebuah perlembagaan,
Demi dongeng kuasa memerintah,
Jalan islam hanyakah bahan sejarah,
Dalam tebal kabut asap penjarah,
Yang unggun bara apinya kitalah,
Dalam pesta langkah telagah,
Atas nama sebuah istiqamah,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Nampak jelas penulis selindung sebalik agama hanya sindir pas?anti perjuangan islam ke penulis!
BalasPadamSy hanya komen.pas kerana hanya pas lah parti yang nak perjuang islam.tetapi.konsep perjuangannya tersasar kerana kemabokan dalam sistem yang mengasyekkan itu.
BalasPadamParti lain takde niat kearah itu,jadi tak penting nak komen.
Ye ke
BalasPadam